ANWAR IBRAHIM

Daripada Dato' Seri Diraja Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia, atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat dan Pengerusi Pakatan Harapan. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Mahathir bin Mohamad.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu, beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat kedua yang dihadapi oleh beliau dan melepaskan beliau daripada sebarang pertuduhan liwat.[1]


ANWAR THE RENAISANCE MAN